.:Rakan Saya Yang Lain:.

Saturday 26 January 2013

Bantuan Percuma Kepada Pelajar IPT


Assalamualaikum wbt..


Terima kasih kerana terus menyokong saya dalam penulisan blog ini. Sebagai tanda terima kasih kepada pembaca, saya ingin berkongsi beberapa senarai ataupun list biasiswa dengan anda semua. Untuk makluman, saya sendiri telah 'apply' biasiswa tersebut dan natijahnya Alhamdulillah dapat juga rezeki saya merasa, walaupun tidak boleh menanggung sepenuhnya pengajian saya di IPT, dapat la juga menanggung makan minum sebulan dua. hehe..

Senarai ini hanya khas kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT tempatan,  sama ada peringkat diploma ataupun ijazah, bukan kepada yang sedang bersekolah rendah dan menengah. Antara senarai yang pernah saya pohon adalah seperti berikut :



Pada pertengahan September tahun lepas (2012), saya telah mengambil peluang dengan menghantar satu borang permohonan bantuan pelajaran (biasiswa) untuk pelajar IPT kepada pihak MAIWP. Dan Alhamdulillah, pada awal  Januari tahun ini, permohonan yang dihantar telah diluluskan oleh pihak MAIWP dan wangnya dibank-in terus ke akaun BIMB saya. Jadi saya merasa tidaklah salah untuk saya berkongsi dengan anda semua, supaya kita sama-sama dapat merasa rezeki sikit sorang.hehe..

Untuk memohon, antara perkara yang penting semasa mengisi borang tersebut adalah memastikan segala maklumat yang diminta oleh pihak MAIWP dihantar dengan lengkap, kerana pernah terjadi kes seorang sahabat saya, permohonannya tidak diluluskan kerana maklumat yang dihantar tidak lengkap, dan dia terpaksa menghantar sekali lagi permohonan tersebut.

Tempoh yang diperlukan untuk memproses setiap permohonan anda adalah selama 2-4 bulan. Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat sebanyak RM 1000 sahaja dan permohonan terbuka setahun sekali (jika anda sudah memohan, bermakna anda boleh memohon sekali lagi).

Maklumat lanjut, rujuk link di bawah :


Untuk pengetahuan pembaca, selain daripada bank rakyat (yang membuka permohonan untuk pelbagai jenis pinjaman) tidak ketinggalan juga bank Muamalat untuk memberikan perkhidmatan dalam urusan pemberian bantuan belajar kepada pelajar yang sedang menuntut di IPT seluruh negara. Saya percaya tidak ramai dari kalangan kita yang mengetahui maklumat ini, kerana jika kita tidak diberitahu oleh kawan-kawan yang lain, jahillah kita dalam hal ini.

Sebenarnya untuk permohonan ini, saya juga telah pohon pada awal Januari yang lepas, dan statusnya sekarang ini adalah menunggu, kerana yang pasti saya mahu berkongsi dengan pembaca sekalian ialah bank ini juga memberikan perkhidmatan bantuan pelajaran kepada IPT. Tidak salah untuk kita mencuba, rezeki seseorang itu tiada siapa yang tahu kan? Janji kita berusaha. :)

Saya diberitahu tempoh/jangkamasa untuk memproses borang permohonan tersebut ialah lebih kurang 1-2 bulan sahaja, tempoh yang pendek berbanding dengan MAIWP. Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM 2++, dan tidak perlu untuk menghadiri temuduga kerana bantuan itu hanya sekali untuk setiap orang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah :

Moga artikel yang pendek ini memberi sedikit manfaat dan faedah kepada pembaca sekalian,  dan saya doakan semoga berjaya dalam memohon. Usaha tangga kejayaan. :)

P/S : Jangan sombong ye untuk follow blog saya ni. :)

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Jenayah Kes Kehilangan Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt..

Terasa sayu bila kita membicarakan perkara ini. Mutakhir ini selalu kita dengar tentang kehilangan kanak-kanak, sama ada yang kehilangan atas sebab diculik ataupun diklasifikasikan oleh polis sebagai 'orang hilang'. Baru-baru ini, apabila kita digemparkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berketurunan Cina yang berusia 6 tahun, iaitu William Yau. Sekali lihat gambarnya sungguh comel tuannya, senyumannya manis dan kiut. Akan tetapi tidak siapa yang sangka kejadian yang mengejutkan pada ahli keluarganya, apabila kehilangannya terjawab apabila mayat seorang budak lelaki yang ditemui di jeti Sungai Sireh itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri adalah mayat William Yau. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dan kerabat mendiang.

Apa yang menariknya di sini yang saya mahu 'highlight'kan kepada pembaca sekalian, mengapa perkara ini semakin lama ianya makin menular, dan tidak ada tanda-tanda sedikit pun akan berkurangnya kes seperti ini? Kita lihat, spekulasi kehilangannya ada bermacam-macam versi, sehinggakan ada yang menjadikan misteri kehilangannya sebagai bahan gurauan sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online bertarikh 21 Jan 2013. Berita yang dimuatkan adalah bertajuk "Jangan Jadikan Kes Kehilangan William Bahan Gurauan". Boleh lihat beritanya di sini.

Nah, apa yang saya mahu lontarkan kepada pembaca sekalian, mentaliti masyarakat sekarang, walaupun kita tertimpa dengan satu masalah yang berat sempat lagi mereka bercanda gurau. Tidak adakah rasa simpati dalam diri mereka? Apakah kita meredhai tindakan mereka sekiranya kita berada ditempat ibu bapa yang kehilangan anak tambah lagi anak yang sulung? Itulah realitinya sekarang, di mana mentaliti dan akhlak masyarakat yang makin merudum ini wujud dalam situasi tersebut. 

Hari ini kita dilaporkan oleh Sinar Harian Edisi Kelantan, mengenai rentetan kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak, bermula tahun 2004 sehingga 2012, dilaporkan sebanyak 6 kes besar yang dilaporkan (tidak termasuk kes kehilangan William Yau) berkenaan kehilangan kanak-kanak, dan daripada 6 kes ini, hanya satu kes saja yang berjaya diselamatkan kanak-kanak tersebut iaitu selepas dibayar tebusan kepada penculik sebanyak RM 300,000. 

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai kes ini, walaupun sudah lama berlaku dan ianya masih dan akan terus berlaku. Jadi, kita sebagai masyarakat prihatin haruslah senantiasa berwaspada dan berhati-hati apabila bersama anak-anak kecil, jangan biarkan mereka bersendirian walaupun sesaat kerana setiap saat yang terlepas adalah satu penyesalan seumur hidup. Pesanan saya kepada para ibu-bapa (yang membaca blog ni), utamakan keselamatan anak-anak walaupun di rumah kerana bahaya tyang mengundang tidak mengenal tempat dan keadaan. Bak kata iklan dalam tv, safety first.

Kepada masyarakat luar, kita haruskan tunjukkan sifat simpati kepada keluarga serta kerabat mangsa. Teruskan memberi semangat kepada mereka kerana ujian yang diterima adalah amat berat sekali yang mana kita terlepas dari ujian tersebut, jadi sekurang-kurangnya kita terus membantu mereka dan memberikan semangat supaya mereka tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Kepada umat Islam, kita telah diajar oleh Allah SWT dalam Al-Quranul Karim apabila ditimpa musibah, maka ucaplah "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun" maksudnya 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah jualah tempat kami kembali'. Wallahu a'lam.

Moga artikel ringkas ini memberikan manfaat kepada semua, saya sebagai insan yang lemah berharap perkongsian ini menarik kepada anda.

P/S --> TQ melawat blog saya, lain kali singgah la lagi..:)

Friday 25 January 2013

Mata Adalah Anugerah


Assalamualaikum wbt..

Sambil anda blogwalking ke sini, saya nak berkongsi dengan anda satu info yang sangat menarik iaitu tentang mata, dan sekarang ini anda gunakan untuk membaca artikel di blog saya ini. Perasan tak anda sedang menggunakan mata sepenuhnya untuk membaca tulisan ini? :)

Ya, disaat saya menaip untuk menyiapkan artikel ini juga saya menggunakan mata untuk melihat ke arah skrin laptop dan 'keyboard' supaya tidak berlaku ralat pada maklumat dan ejaan saya. Itulah fungsi kasar yang kita tahu tentang mata. Akan tetapi jika kita rajin membaca dan mengkaji, sudah tentunya kita akan teruja dengan kehebatan ciptaanNya ini, sungguh unik dan kompleks sekali.

Keunikan pada mata kita adalah suatu anugerah yang menunjukkan kebesaran Allah SWT, sebagai arkitek yang teragung dan terulung serta tiada bandingan. CiptaanNya yang amat sempurna dan tidak terkurang sedikitpun termasuklah bentuknya, fungsinya serta strukturnya yang sesuai diletakkan kepada kita.

Mata merupakan pancaindera kurniaan Allah SWT kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.



Keratan mata manusia, sememangnya kompleks!

Antara Kehebatan Mata Manusia
  1. Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  2. Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali sehari.
  3. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  4. Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  5. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  6. Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  7. Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  8. Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
Banyak lagi maklumat mengenai kehebatan serta kelebihan mata ciptaan Allah SWT ini, jika kita suka menyelongkar dan mencari maklumat-maklumat mengenai perkara ini. 
Jagalah Ia Sebaik Mungkin

Penjagaan yang rapi terhadap mata akan menyebabkan ianya selamat dan terjaga daripada rabun (rabun jauh ataupun rabut dekat), silau terhadap cahaya, penyakit katarak, mata cepat berair dan lain-lain lagi. 

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian mengenai mata, sebanyak 88% dari penggunaan gadget digital seperti komputer, telefon pintar (smartphone), permainan video dan televisyen akan mengalami satu gejala (penyakit) yang disebut "Computer Vision Syndrome (CVR)".  Antara simptom gejala ini ialah mata akan kelihatan semakin kabur dan mata kita akan cepat rasa penat apabila kita menggunakan gadget-gadget seperti yang telah disebutkan. Inilah salah satu sindrom yang perlu kita elakkan, dan kemungkinan ianya berlaku kepada kita kerana sekeliling kita sekarang ini dipenuhi dengan produk-produk yang disebutkan. Semakin kita mengelak, semakin ia datang mendekat kepada kita.

Salah satu penyakit yang kita akan hadapi jika tidak melakukan penjagaan yang rapi terhadap mata kita. Persoalannya sekarang, diceruk setiap rumah manakah yang tidak memiliki televisyen? Berapa ramaikan yang menggunakan smartphone (gadget) sebagai alat komunikasi seharian? Adakah kemajuan dalam bidang 'gaming' tidak mendapat sambutan dan penggunaan komputer semakin menurun? Jawapannya, kita semestinya akan terbelenggu dengan perkara tersebut dan tidak dapat tidak kita akan mengalaminya walaupun tidak selalu.



Untuk penjagaan mata yang terbaik, saya ada sedikit petua kepada anda:

1. Selain dari badan, mata anda juga perlukan senaman, untuk menyihatkan. Antara senaman yang anda boleh lakukan ialah: ger

---> Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum yang mungkin, kemudian berhenti sekejap, seterusnya gerakkan pula mata ke arah  kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah (julingkan mata), lakukan beransur-ansur dan lajukan perlahan-lahan.

--->  Apabila kepenatan kita mengadap komputer selama 2-3 jam, rehatlah sekejap minda, untuk menghilangkan kepenatan pada mata, lihatlah objek yang berwarna hijau kerana hijau itu merehatkan dan menenangkan mata anda. 

--->  Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

TERAPI MATA SEMULAJADI

Kesimpulan

Moga artikel yang pendek ini dapat mencerahkan lagi pemikiran kita mengenai peri pentingnya penjagaan yang khusus kepada mata, kerana ianya adalah satu anugerah yang tidak ternilai, sekali ia rosak, maka tiadalah tukang baiki mana-mana pun yang dapat mengembalikannya kecuali atas kuasaNya.

P/S : Follow my blog, I'll follow you back! TYVM.. :)

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum wbt.


Sekejap je masa berlalu, tidak perasan kita sudah hampir setahun kita tempuhi sudah ketemu sekali lagi maulid Nabi SAW ini. Masa yang pantas berlalu tiada yang boleh menghalang, kerana akhir zaman ini antara tanda-tandanya ialah masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari.

Bulan yang kita merayakan ini adalah merupakan tarikh kelahiran baginda junjungan besar kita semua dan juga tarikh kewafatan Rasulullah SAW.

Baginda SAW wafat pada hari Isnin, sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA dalam Sohih al-Bukhari dan dari Ummahatul Mukminin, Siti Aisyah Radiallahu Anha juga dalam kitab Sohih Bukhari yakni pada tahun 11 Rabi'ul awal. Tarikh kewafatan baginda SAW  adalah berdasarkan ijma' (kesepakatan) para Ulama.

Dalam Sirah Nabawiyah yang dikarang Asy-Syaikh Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury hal.446.

"Peristiwa itu terjadi pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul-Awwal tahun 11 Hijriyyah ketika pertengahan waktu dhuha dan Beliau genap berusia 63tahun."

Jika ada yang menganggap kelahiran Rasulullah pada Rabi'ul Awal sedangkan wafat Rasulullah berdasarkan kesepakatan juga pada bulan Rabi'ul Awal, maka bergembira terhadap hari kelahirannya tidaklah lebih utama daripada kesedihan pada hari wafat Rasulullah SAW. Jadi marilah sama-sama kita menghayati tarikh yang besar ini, bukan setakat merayakan maulud sahaja, bahkan kita mengamalkan segala yang ditinggalkan oleh Baginda SAW. 


Moga ianya bermanfaat untuk anda!

P/S --> I'm like to be your followers, the sight is just follow me. :)







Wednesday 23 January 2013

E-book Percuma: Konspirasi Dunia


Assalamualaikum wbt..

EBOOK KONSPIRASI DUNIA UNTUK ANDA (PERCUMA)

Ebook ini adalah percuma khas untuk anda!

Sebuah e-book yang semestinya kita miliki. Bagaimanakah penulis mendedahkan konspirasi dunia akhir zaman daripada Yahudi dan konco-konconya, supaya kita lebih terbuka hati dan kita akan mengetahui selok belok tipu daya mereka.

Sebuah e-book yang bertajuk "KONSPIRASI DUNIA -- Kehadiran Dajal Semakin Jelas Dirasai--" seharuskan dibaca oleh kita semua supaya kita lebih tahu dan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku selagi dunia masih berputar kerana konco-konco Dajjal itu tidak akan berhenti untuk memanipulasi seluruh sumber yang ada supaya kita berjaya dipengaruhinya.

Antara kandungan / bab yang terdapat dalam e-book ini ialah:

  1. Codex Alimentarius Population Reduction (Kod Makanan).
  2. Rahsia Vatican
  3. Obelisk
  4. Tower Of Babel
  5. Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?
  6. Artis-artis Dajal
Dan banyak lagi..

Dapatkan E-book ini secara percuma khas untuk anda!



Moga ianya bermanfaat untuk anda!

P/S --> I'm like to be your followers, the sight is just follow me. :)




Medium dan Kegunaan Facebook


Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali kita, insyaAllah saya tidak akan penat untuk meng-update blog saya ini untuk bacaan semua.

Rata-rata kita lihat mutakhir ini, ramai yang sudah ada akaun sosial sendiri terutamanya Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan secara tidak langsung penggunaan internet semakin meningkat bagi rakyat Malaysia saban tahun. Kegunaannya telah membuatkan rakyat ataupun golongan muda semakin celik dan tahu berita-berita terkini dalam ataupun luar negara, tidak ketinggalan dalam perkembangan ilmu semasa, menjadi satu wadah ataupun medium untuk sebarkan maklumat dan sebagainya. Tahap kemajuan rakyat akan meningkat dari segi ilmu pengetahuan semasa berbanding zaman 80an dan 90an dahulu kerana saluran yang amat terhad dan sedikit.

Di zaman yang serba maju ini, kita telah diulit oleh satu laman sosial yang sangat berpengaruh di seluruh dunia, iaitu Facebook, yang telah diperkenalkan oleh Mark Zunkerberg. Berani saya katakan, hampir keseluruhan golongan muda di Malaysia memiliki akaun sosial tersebut dengan pelbagai tujuan. Oleh itu,  saya rasakan penggunaan yang telah mencakupi hampir keseluruhan rakyat Malaysia ini telah dimanfaati oleh semua orang yang melihat ke arah mana hala tuju laman sosial ini mengikut perspektif mereka.

Di sini saya katakan, Facebook adalah salah satu pengaruh yang besar dalam menggerakkan medium serta wasilah yang digunakan. Antara medium yang selalu digunakan melalui laman sosial ini ialah :



# AKTIVITI SOSIAL

Inilah antara sebab utama seseorang men'create' akaun facebook ini, iaitu untuk mencari kenalan dan berhibur. Secara logiknya, dah namanya laman sosial, sudah tentunya ianya menarik minat kita semua untuk mencari kenalan melaluinya.

Teringat pengalaman ketika first time guna laman sosial ini, kerja saya tiap-tiap hari 'add friend' je, maklumla kan nak tambah kenalan sebanyak munkin dalam facebook ini. Dengan ini, kita dapat ber'chatting', berkongsi maklumat, sharing gambar serta video dan sebagainya   sebagai hiburan pada masa lapang.

Ada juga kita kedengaran ramai yang bertemu jodoh dalam laman facebook ini. Mereka asalnya tidak mengenali antara satu sama lain, seorang 'add' dan seorang lagi 'approve', kemudian ber'chatting' dan berkenalan sehinggalah akhirnya ke jinjang pelamin. Inilah kuasa laman sosial, jika kita pandai menggunakannya sebagai mencari kenalan, maka ramailah kenalan yang kita akan dapat, juga jika kita gunakan untuk mencari musuh, maka itulah yang kita kan dapat.  

Bila kita sudah ramai kawan, maka mudah untuk kita bertanyakan masaalah dan berkongsi masalah dengan mereka, 'topup' semangat daripada mereka, berkongsi pengalaman bersama-sama dan banyak lagi. 



# MEDIUM DAKWAH

Ya, inilah yang sepatutnya kita gunakan. Medan facebook selain daripada laman sosial,  kita juga wujudkan ia sebagai laman membina peribadi serta qudwah kepada kenalan yang lain. Ianya sangat penting untuk membina keyakinan serta sikap 'respect' prospek ataupun targeted terhadap sesuatu dakwah yang kita lakukan dalam medium ini. Sesetengah dari mereka membina satu jaringan seperti group, pages dan lain-lain lagi untuk menyebarkan segala macam agenda dakwah kepada pengetahuan umum. Ada yang menjadikan 'wall' sendiri sebagai medium dakwah, mereka meng-update status mereka dengan kata-kata hikmah, petikan daripada cebisan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan pelbagai lagi artikel yang menyuruh ke arah kebaikan.




Kita boleh lihat banyak contoh-contoh pages yang telah dibina oleh para pendakwah seperti Islam,  Belia Benci Dedah Aurat dan lain-lain lagi. Inilah dikatakan sebagai menggunakan sebaik mungkin sumber-sumber yang ada dalam aktiviti dakwah semasa, bukan setakat tertumpu kepada tazkirah di masjid dan majlis-majlis ilmu sahaja. Golongan muda lebih tertumpu dan semakin 'lagha' dengan laman sosial ini, jadi kita mengambil kesempatan terhadap keasyikan mereka ber'facebook', diselitkan unsur-unsur dakwah dan membina insan dalam facebook tersebut. 

Begitu juga group yang dibuat juga berdasarkan elemen-elemen dakwah dan mengajak golongan muda ke arah kebaikan. Contohnya yang saya boleh kaitkan di sini seperti group Demi Masa, Islam Is My Way, Mari Berkongsi Ilmu, Diskusi Huffaz, Dakwah Islamiyyah, Jom Dakwah dan lain-lain lagi. Senarai ini saya ambil dalam facebook saya sendiri Mohd Asrul.



# UNTUK MARKETING/PERNIAGAAN

Inilah dikatakan kebijaksaan orang yang meniaga. Mereka bijak menggunakan sesuatu di depan mata dan memanipulasi semaksimum mungkin segala medium yang ada di sekelilingnya. Antaranya mereka menggunakan medium facebook sebagai jalan promosi kepada perniagaan mereka. Ya, kita boleh lihat banyak produk-produk di pasaran antaranya e-book yang berkaitan dengan pemasaran di facebook dan blog-blog. 


Bila saya teliti dan kaji melalui bacaan-bacaan dalam e-book dalam internet, banyak   sangat teknik dan skill yang digunakan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan mereka dalam facebook ini. Antaranya teknik Viral, Kuasa Fan Page dan lain-lain lagi. Saya percaya banyak lagi kalau kita mencari dan menyelongkar segala teknik pemasaran dalam facebook ini, bukan hanya teknik yang didedahkan kepada kita oleh pakar-pakar internet marketing sahaja, kerana banyak lagi yang tidak ditemui oleh internet marketing.

Begitu juga mereka mempromosikan affiliate juga melalui medium sosial ini. Kita tidak pelik kerana ianya  telah menjadi satu trend kepada affiliater selain mempromosikan produk affiliate mereka di dalam blog dan forum-forum target market mereka. Salah satu e-book yang telah saya beritahu dalam update sebelum ini, yang mana saya tertarik dan berpuas hati terhadap isi kandungannya iaitu e-book Teknik Split Affiliate yang telah ditulis oleh saudara Rahman Basri mendedahkan bagaimanakah cara dan teknik dari pengalaman beliau sendiri menghasilkan jualan affiliate melalui pelbagai sumber dan salah satunya ialah medium yang kita bincangkan ini iaitu facebook. Seorang affiliater tercari-cari bagaimana cara untuk meningkatkan jualan mereka tetapi tidak mengetahui cara-caranya  serti teknik yang berkesan untuk menarik prospek kepada jualan mereka, amatlah rugi jika mereka tidak memiliki e-book ini.

Apabila kita bercakap mengenai satu trend, kita akan dapati ianya akan menular dan pengaruh terhadap sesuatu trend itu adalah amat besar. Itulah trend pemasaran melalui medium laman sosial. Sesetengah mengambil peluang dengan mempromosikan melalui medium twitter, instagram, whatsApp, Viber dan segala macam saluran penghubung selain dari e-mail untuk memastikan produk mereka diketahui umum.

Saya meninjau dan banyak dapati program affiliate seperti Kit Biasiswa, yang mana satu e-book mnerangkan tentang senarai list biasiswa kepada pelajar IPTA yang tertanggung dengan hutang PTPTN, dan bergantung kepada PTPTN sahaja sedangkan saluran lain banyak lagi kalau mereka apply, bahkan ada yang menawarkan biasiswa, maksudnya tidak perlu bayar balik jika kamu lulus dalam temuduga tersebut.  Senarai list tersebut sentiasa diupdate oleh penulis e-book tersebut sebagai memastikan setiap maklumat yang ditulis terbaru dan ianya wujud dari masa ke semasa. Inilah antara contoh salah satu program affiliate yang saya lihat ramai dikalangan affiliater mempromosikan produk ini dalam laman sosial dan laman blog mereka, bahkan semasa ber'chatting' pun mereka promosi juga (wow, semua saluran mereka gunakan, tapi kalaulah dengan teknik yang betul, lagi terbaik mutu jualan mereka). hehe.

Inilah sedikit sebanyak medium yang telah dimanfaati oleh pengguna, sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan kita gunakan ia, semuanya bergantung kepada kepandaian kita dalam memanipulasi laman sosial ini dengan sebijaknya. Nasihat saya, gunakanlah ia ke arah kebaikan iaitu dengan menggabungkan kesemuanya iaitu melalui aktiviti sosial, kita berdakwah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta sentiasa berkongsi sesuatu produk yang memberi manfaat kepada semua orang. Moga artikel ringkas ini memberkan manfaat kepada semua. :)



Thanks sudi melawat blog saya ini! Moga datang lain kali ya..:)

P/S -> U follow and semestinya dan sewajibnya I follow !




Tuesday 22 January 2013

Saya Berpuas Hati Terhadap E-book Rahman Basri ini!



Assalamualaikum wbt.




Apa khabar semua bloggers di luar sana? Saya harap dalam keadaan sihat semuanya.

Di sini saya mahu berkongsi dengan semua mengenai satu ebook yang telah saya beli semalam. E-book tersebut telah ditulis secara langsung oleh saudara Rahman Basri (RB), yang terlibat dalam pemasaran affiliate marketer secara serius dan juga salah seorang yang berjaya dalam bidang tersebut. Nah siapa yang tidak mengenali beliau? Boleh rujuk blog beliau kursus affiliate untuk mengetahui lebih lanjut.


Ok, e-book yang saya terbeli semalam ialah Teknik Split Affiliate. Satu e-book yang mendedahkan kepada saya mengenai teknik-teknik dan skil-skil yang berkesan dalam pemasaran sesuatu produk affiliate disamping motivasi yang berguna kepada newbie di luar sana. Selain itu, bonus yang diberikan oleh beliau kepada saya termasuklah Rahsia Newbie Affiliate, Teknik Rahsia Facebook dan Video Teknik Affiliate Sempoi (semuanya 3 part) . Seriously, setelah saya mengkaji dan membuat study case di depan lappy selama 2-3 jam terhadap e-book beliau (mata tak sakit sebab pakai Digital Eyewear..hehe), apa yang saya rasakan adalah sungguh menarik dan teruja sekali dengan kesemua teknik beliau yang diterjemahkan secara langsung dari pengalaman beliau sendiri dan ternyata ianya berkesan dan membuahkan hasil yang cukup lumayan sebagai affiliater.

Sebelum itu, saya pun tidak tahu mengapa saya sanggup laburkan sedikit wang untuk membeli e-book beliau ini, mungkin disebabkan saya merasakan ianya lain dari yang lain jika dibandingkan dengan pelbagai lagi ebook yang berada di pasaran berkisar mengenai affiliate ini.

Sekarang sudah terbukti setelah saya membaca dan meneliti satu persatu ( tak baca rugi bro sebab saya beli e-book ini..hehe :) ) kandungan dalam e-book ini, ternyata saya berpuas hati dan mempraktik terus teknik yang beliau gunakan. Orang cakap 'copy paste' daripada beliau dan saya akan pastikan tidak akan tertinggal satu pun dari teknik-teknik beliau kecuali saya mempraktikkannya..hehe.

Ok, inilah sedikit daripada perkongsian saya untuk kali ini. Moga bermanfaat untuk saya dan kalau anda hendak mencuba, apa salahnya.. :)

Thanks sudi melawat blog saya ini! Moga datang lain kali ya..:)
U follow and semestinya dan sewajibnya I follow !