.:Rakan Saya Yang Lain:.

Friday 25 January 2013

Mata Adalah Anugerah


Assalamualaikum wbt..

Sambil anda blogwalking ke sini, saya nak berkongsi dengan anda satu info yang sangat menarik iaitu tentang mata, dan sekarang ini anda gunakan untuk membaca artikel di blog saya ini. Perasan tak anda sedang menggunakan mata sepenuhnya untuk membaca tulisan ini? :)

Ya, disaat saya menaip untuk menyiapkan artikel ini juga saya menggunakan mata untuk melihat ke arah skrin laptop dan 'keyboard' supaya tidak berlaku ralat pada maklumat dan ejaan saya. Itulah fungsi kasar yang kita tahu tentang mata. Akan tetapi jika kita rajin membaca dan mengkaji, sudah tentunya kita akan teruja dengan kehebatan ciptaanNya ini, sungguh unik dan kompleks sekali.

Keunikan pada mata kita adalah suatu anugerah yang menunjukkan kebesaran Allah SWT, sebagai arkitek yang teragung dan terulung serta tiada bandingan. CiptaanNya yang amat sempurna dan tidak terkurang sedikitpun termasuklah bentuknya, fungsinya serta strukturnya yang sesuai diletakkan kepada kita.

Mata merupakan pancaindera kurniaan Allah SWT kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.



Keratan mata manusia, sememangnya kompleks!

Antara Kehebatan Mata Manusia
  1. Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  2. Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali sehari.
  3. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  4. Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  5. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  6. Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  7. Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  8. Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
Banyak lagi maklumat mengenai kehebatan serta kelebihan mata ciptaan Allah SWT ini, jika kita suka menyelongkar dan mencari maklumat-maklumat mengenai perkara ini. 
Jagalah Ia Sebaik Mungkin

Penjagaan yang rapi terhadap mata akan menyebabkan ianya selamat dan terjaga daripada rabun (rabun jauh ataupun rabut dekat), silau terhadap cahaya, penyakit katarak, mata cepat berair dan lain-lain lagi. 

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian mengenai mata, sebanyak 88% dari penggunaan gadget digital seperti komputer, telefon pintar (smartphone), permainan video dan televisyen akan mengalami satu gejala (penyakit) yang disebut "Computer Vision Syndrome (CVR)".  Antara simptom gejala ini ialah mata akan kelihatan semakin kabur dan mata kita akan cepat rasa penat apabila kita menggunakan gadget-gadget seperti yang telah disebutkan. Inilah salah satu sindrom yang perlu kita elakkan, dan kemungkinan ianya berlaku kepada kita kerana sekeliling kita sekarang ini dipenuhi dengan produk-produk yang disebutkan. Semakin kita mengelak, semakin ia datang mendekat kepada kita.

Salah satu penyakit yang kita akan hadapi jika tidak melakukan penjagaan yang rapi terhadap mata kita. Persoalannya sekarang, diceruk setiap rumah manakah yang tidak memiliki televisyen? Berapa ramaikan yang menggunakan smartphone (gadget) sebagai alat komunikasi seharian? Adakah kemajuan dalam bidang 'gaming' tidak mendapat sambutan dan penggunaan komputer semakin menurun? Jawapannya, kita semestinya akan terbelenggu dengan perkara tersebut dan tidak dapat tidak kita akan mengalaminya walaupun tidak selalu.



Untuk penjagaan mata yang terbaik, saya ada sedikit petua kepada anda:

1. Selain dari badan, mata anda juga perlukan senaman, untuk menyihatkan. Antara senaman yang anda boleh lakukan ialah: ger

---> Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum yang mungkin, kemudian berhenti sekejap, seterusnya gerakkan pula mata ke arah  kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah (julingkan mata), lakukan beransur-ansur dan lajukan perlahan-lahan.

--->  Apabila kepenatan kita mengadap komputer selama 2-3 jam, rehatlah sekejap minda, untuk menghilangkan kepenatan pada mata, lihatlah objek yang berwarna hijau kerana hijau itu merehatkan dan menenangkan mata anda. 

--->  Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

TERAPI MATA SEMULAJADI

Kesimpulan

Moga artikel yang pendek ini dapat mencerahkan lagi pemikiran kita mengenai peri pentingnya penjagaan yang khusus kepada mata, kerana ianya adalah satu anugerah yang tidak ternilai, sekali ia rosak, maka tiadalah tukang baiki mana-mana pun yang dapat mengembalikannya kecuali atas kuasaNya.

P/S : Follow my blog, I'll follow you back! TYVM.. :)

No comments:

Post a Comment