.:Rakan Saya Yang Lain:.

Saturday 26 January 2013

Bantuan Percuma Kepada Pelajar IPT


Assalamualaikum wbt..


Terima kasih kerana terus menyokong saya dalam penulisan blog ini. Sebagai tanda terima kasih kepada pembaca, saya ingin berkongsi beberapa senarai ataupun list biasiswa dengan anda semua. Untuk makluman, saya sendiri telah 'apply' biasiswa tersebut dan natijahnya Alhamdulillah dapat juga rezeki saya merasa, walaupun tidak boleh menanggung sepenuhnya pengajian saya di IPT, dapat la juga menanggung makan minum sebulan dua. hehe..

Senarai ini hanya khas kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT tempatan,  sama ada peringkat diploma ataupun ijazah, bukan kepada yang sedang bersekolah rendah dan menengah. Antara senarai yang pernah saya pohon adalah seperti berikut :



Pada pertengahan September tahun lepas (2012), saya telah mengambil peluang dengan menghantar satu borang permohonan bantuan pelajaran (biasiswa) untuk pelajar IPT kepada pihak MAIWP. Dan Alhamdulillah, pada awal  Januari tahun ini, permohonan yang dihantar telah diluluskan oleh pihak MAIWP dan wangnya dibank-in terus ke akaun BIMB saya. Jadi saya merasa tidaklah salah untuk saya berkongsi dengan anda semua, supaya kita sama-sama dapat merasa rezeki sikit sorang.hehe..

Untuk memohon, antara perkara yang penting semasa mengisi borang tersebut adalah memastikan segala maklumat yang diminta oleh pihak MAIWP dihantar dengan lengkap, kerana pernah terjadi kes seorang sahabat saya, permohonannya tidak diluluskan kerana maklumat yang dihantar tidak lengkap, dan dia terpaksa menghantar sekali lagi permohonan tersebut.

Tempoh yang diperlukan untuk memproses setiap permohonan anda adalah selama 2-4 bulan. Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat sebanyak RM 1000 sahaja dan permohonan terbuka setahun sekali (jika anda sudah memohan, bermakna anda boleh memohon sekali lagi).

Maklumat lanjut, rujuk link di bawah :


Untuk pengetahuan pembaca, selain daripada bank rakyat (yang membuka permohonan untuk pelbagai jenis pinjaman) tidak ketinggalan juga bank Muamalat untuk memberikan perkhidmatan dalam urusan pemberian bantuan belajar kepada pelajar yang sedang menuntut di IPT seluruh negara. Saya percaya tidak ramai dari kalangan kita yang mengetahui maklumat ini, kerana jika kita tidak diberitahu oleh kawan-kawan yang lain, jahillah kita dalam hal ini.

Sebenarnya untuk permohonan ini, saya juga telah pohon pada awal Januari yang lepas, dan statusnya sekarang ini adalah menunggu, kerana yang pasti saya mahu berkongsi dengan pembaca sekalian ialah bank ini juga memberikan perkhidmatan bantuan pelajaran kepada IPT. Tidak salah untuk kita mencuba, rezeki seseorang itu tiada siapa yang tahu kan? Janji kita berusaha. :)

Saya diberitahu tempoh/jangkamasa untuk memproses borang permohonan tersebut ialah lebih kurang 1-2 bulan sahaja, tempoh yang pendek berbanding dengan MAIWP. Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM 2++, dan tidak perlu untuk menghadiri temuduga kerana bantuan itu hanya sekali untuk setiap orang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah :

Moga artikel yang pendek ini memberi sedikit manfaat dan faedah kepada pembaca sekalian,  dan saya doakan semoga berjaya dalam memohon. Usaha tangga kejayaan. :)

P/S : Jangan sombong ye untuk follow blog saya ni. :)

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

No comments:

Post a Comment