.:Rakan Saya Yang Lain:.

Wednesday 23 January 2013

Medium dan Kegunaan Facebook


Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali kita, insyaAllah saya tidak akan penat untuk meng-update blog saya ini untuk bacaan semua.

Rata-rata kita lihat mutakhir ini, ramai yang sudah ada akaun sosial sendiri terutamanya Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan secara tidak langsung penggunaan internet semakin meningkat bagi rakyat Malaysia saban tahun. Kegunaannya telah membuatkan rakyat ataupun golongan muda semakin celik dan tahu berita-berita terkini dalam ataupun luar negara, tidak ketinggalan dalam perkembangan ilmu semasa, menjadi satu wadah ataupun medium untuk sebarkan maklumat dan sebagainya. Tahap kemajuan rakyat akan meningkat dari segi ilmu pengetahuan semasa berbanding zaman 80an dan 90an dahulu kerana saluran yang amat terhad dan sedikit.

Di zaman yang serba maju ini, kita telah diulit oleh satu laman sosial yang sangat berpengaruh di seluruh dunia, iaitu Facebook, yang telah diperkenalkan oleh Mark Zunkerberg. Berani saya katakan, hampir keseluruhan golongan muda di Malaysia memiliki akaun sosial tersebut dengan pelbagai tujuan. Oleh itu,  saya rasakan penggunaan yang telah mencakupi hampir keseluruhan rakyat Malaysia ini telah dimanfaati oleh semua orang yang melihat ke arah mana hala tuju laman sosial ini mengikut perspektif mereka.

Di sini saya katakan, Facebook adalah salah satu pengaruh yang besar dalam menggerakkan medium serta wasilah yang digunakan. Antara medium yang selalu digunakan melalui laman sosial ini ialah :



# AKTIVITI SOSIAL

Inilah antara sebab utama seseorang men'create' akaun facebook ini, iaitu untuk mencari kenalan dan berhibur. Secara logiknya, dah namanya laman sosial, sudah tentunya ianya menarik minat kita semua untuk mencari kenalan melaluinya.

Teringat pengalaman ketika first time guna laman sosial ini, kerja saya tiap-tiap hari 'add friend' je, maklumla kan nak tambah kenalan sebanyak munkin dalam facebook ini. Dengan ini, kita dapat ber'chatting', berkongsi maklumat, sharing gambar serta video dan sebagainya   sebagai hiburan pada masa lapang.

Ada juga kita kedengaran ramai yang bertemu jodoh dalam laman facebook ini. Mereka asalnya tidak mengenali antara satu sama lain, seorang 'add' dan seorang lagi 'approve', kemudian ber'chatting' dan berkenalan sehinggalah akhirnya ke jinjang pelamin. Inilah kuasa laman sosial, jika kita pandai menggunakannya sebagai mencari kenalan, maka ramailah kenalan yang kita akan dapat, juga jika kita gunakan untuk mencari musuh, maka itulah yang kita kan dapat.  

Bila kita sudah ramai kawan, maka mudah untuk kita bertanyakan masaalah dan berkongsi masalah dengan mereka, 'topup' semangat daripada mereka, berkongsi pengalaman bersama-sama dan banyak lagi. 



# MEDIUM DAKWAH

Ya, inilah yang sepatutnya kita gunakan. Medan facebook selain daripada laman sosial,  kita juga wujudkan ia sebagai laman membina peribadi serta qudwah kepada kenalan yang lain. Ianya sangat penting untuk membina keyakinan serta sikap 'respect' prospek ataupun targeted terhadap sesuatu dakwah yang kita lakukan dalam medium ini. Sesetengah dari mereka membina satu jaringan seperti group, pages dan lain-lain lagi untuk menyebarkan segala macam agenda dakwah kepada pengetahuan umum. Ada yang menjadikan 'wall' sendiri sebagai medium dakwah, mereka meng-update status mereka dengan kata-kata hikmah, petikan daripada cebisan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan pelbagai lagi artikel yang menyuruh ke arah kebaikan.




Kita boleh lihat banyak contoh-contoh pages yang telah dibina oleh para pendakwah seperti Islam,  Belia Benci Dedah Aurat dan lain-lain lagi. Inilah dikatakan sebagai menggunakan sebaik mungkin sumber-sumber yang ada dalam aktiviti dakwah semasa, bukan setakat tertumpu kepada tazkirah di masjid dan majlis-majlis ilmu sahaja. Golongan muda lebih tertumpu dan semakin 'lagha' dengan laman sosial ini, jadi kita mengambil kesempatan terhadap keasyikan mereka ber'facebook', diselitkan unsur-unsur dakwah dan membina insan dalam facebook tersebut. 

Begitu juga group yang dibuat juga berdasarkan elemen-elemen dakwah dan mengajak golongan muda ke arah kebaikan. Contohnya yang saya boleh kaitkan di sini seperti group Demi Masa, Islam Is My Way, Mari Berkongsi Ilmu, Diskusi Huffaz, Dakwah Islamiyyah, Jom Dakwah dan lain-lain lagi. Senarai ini saya ambil dalam facebook saya sendiri Mohd Asrul.



# UNTUK MARKETING/PERNIAGAAN

Inilah dikatakan kebijaksaan orang yang meniaga. Mereka bijak menggunakan sesuatu di depan mata dan memanipulasi semaksimum mungkin segala medium yang ada di sekelilingnya. Antaranya mereka menggunakan medium facebook sebagai jalan promosi kepada perniagaan mereka. Ya, kita boleh lihat banyak produk-produk di pasaran antaranya e-book yang berkaitan dengan pemasaran di facebook dan blog-blog. 


Bila saya teliti dan kaji melalui bacaan-bacaan dalam e-book dalam internet, banyak   sangat teknik dan skill yang digunakan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan mereka dalam facebook ini. Antaranya teknik Viral, Kuasa Fan Page dan lain-lain lagi. Saya percaya banyak lagi kalau kita mencari dan menyelongkar segala teknik pemasaran dalam facebook ini, bukan hanya teknik yang didedahkan kepada kita oleh pakar-pakar internet marketing sahaja, kerana banyak lagi yang tidak ditemui oleh internet marketing.

Begitu juga mereka mempromosikan affiliate juga melalui medium sosial ini. Kita tidak pelik kerana ianya  telah menjadi satu trend kepada affiliater selain mempromosikan produk affiliate mereka di dalam blog dan forum-forum target market mereka. Salah satu e-book yang telah saya beritahu dalam update sebelum ini, yang mana saya tertarik dan berpuas hati terhadap isi kandungannya iaitu e-book Teknik Split Affiliate yang telah ditulis oleh saudara Rahman Basri mendedahkan bagaimanakah cara dan teknik dari pengalaman beliau sendiri menghasilkan jualan affiliate melalui pelbagai sumber dan salah satunya ialah medium yang kita bincangkan ini iaitu facebook. Seorang affiliater tercari-cari bagaimana cara untuk meningkatkan jualan mereka tetapi tidak mengetahui cara-caranya  serti teknik yang berkesan untuk menarik prospek kepada jualan mereka, amatlah rugi jika mereka tidak memiliki e-book ini.

Apabila kita bercakap mengenai satu trend, kita akan dapati ianya akan menular dan pengaruh terhadap sesuatu trend itu adalah amat besar. Itulah trend pemasaran melalui medium laman sosial. Sesetengah mengambil peluang dengan mempromosikan melalui medium twitter, instagram, whatsApp, Viber dan segala macam saluran penghubung selain dari e-mail untuk memastikan produk mereka diketahui umum.

Saya meninjau dan banyak dapati program affiliate seperti Kit Biasiswa, yang mana satu e-book mnerangkan tentang senarai list biasiswa kepada pelajar IPTA yang tertanggung dengan hutang PTPTN, dan bergantung kepada PTPTN sahaja sedangkan saluran lain banyak lagi kalau mereka apply, bahkan ada yang menawarkan biasiswa, maksudnya tidak perlu bayar balik jika kamu lulus dalam temuduga tersebut.  Senarai list tersebut sentiasa diupdate oleh penulis e-book tersebut sebagai memastikan setiap maklumat yang ditulis terbaru dan ianya wujud dari masa ke semasa. Inilah antara contoh salah satu program affiliate yang saya lihat ramai dikalangan affiliater mempromosikan produk ini dalam laman sosial dan laman blog mereka, bahkan semasa ber'chatting' pun mereka promosi juga (wow, semua saluran mereka gunakan, tapi kalaulah dengan teknik yang betul, lagi terbaik mutu jualan mereka). hehe.

Inilah sedikit sebanyak medium yang telah dimanfaati oleh pengguna, sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan kita gunakan ia, semuanya bergantung kepada kepandaian kita dalam memanipulasi laman sosial ini dengan sebijaknya. Nasihat saya, gunakanlah ia ke arah kebaikan iaitu dengan menggabungkan kesemuanya iaitu melalui aktiviti sosial, kita berdakwah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta sentiasa berkongsi sesuatu produk yang memberi manfaat kepada semua orang. Moga artikel ringkas ini memberkan manfaat kepada semua. :)



Thanks sudi melawat blog saya ini! Moga datang lain kali ya..:)

P/S -> U follow and semestinya dan sewajibnya I follow !




No comments:

Post a Comment