.:Rakan Saya Yang Lain:.

Saturday 26 January 2013

Jenayah Kes Kehilangan Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt..

Terasa sayu bila kita membicarakan perkara ini. Mutakhir ini selalu kita dengar tentang kehilangan kanak-kanak, sama ada yang kehilangan atas sebab diculik ataupun diklasifikasikan oleh polis sebagai 'orang hilang'. Baru-baru ini, apabila kita digemparkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berketurunan Cina yang berusia 6 tahun, iaitu William Yau. Sekali lihat gambarnya sungguh comel tuannya, senyumannya manis dan kiut. Akan tetapi tidak siapa yang sangka kejadian yang mengejutkan pada ahli keluarganya, apabila kehilangannya terjawab apabila mayat seorang budak lelaki yang ditemui di jeti Sungai Sireh itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri adalah mayat William Yau. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dan kerabat mendiang.

Apa yang menariknya di sini yang saya mahu 'highlight'kan kepada pembaca sekalian, mengapa perkara ini semakin lama ianya makin menular, dan tidak ada tanda-tanda sedikit pun akan berkurangnya kes seperti ini? Kita lihat, spekulasi kehilangannya ada bermacam-macam versi, sehinggakan ada yang menjadikan misteri kehilangannya sebagai bahan gurauan sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online bertarikh 21 Jan 2013. Berita yang dimuatkan adalah bertajuk "Jangan Jadikan Kes Kehilangan William Bahan Gurauan". Boleh lihat beritanya di sini.

Nah, apa yang saya mahu lontarkan kepada pembaca sekalian, mentaliti masyarakat sekarang, walaupun kita tertimpa dengan satu masalah yang berat sempat lagi mereka bercanda gurau. Tidak adakah rasa simpati dalam diri mereka? Apakah kita meredhai tindakan mereka sekiranya kita berada ditempat ibu bapa yang kehilangan anak tambah lagi anak yang sulung? Itulah realitinya sekarang, di mana mentaliti dan akhlak masyarakat yang makin merudum ini wujud dalam situasi tersebut. 

Hari ini kita dilaporkan oleh Sinar Harian Edisi Kelantan, mengenai rentetan kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak, bermula tahun 2004 sehingga 2012, dilaporkan sebanyak 6 kes besar yang dilaporkan (tidak termasuk kes kehilangan William Yau) berkenaan kehilangan kanak-kanak, dan daripada 6 kes ini, hanya satu kes saja yang berjaya diselamatkan kanak-kanak tersebut iaitu selepas dibayar tebusan kepada penculik sebanyak RM 300,000. 

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai kes ini, walaupun sudah lama berlaku dan ianya masih dan akan terus berlaku. Jadi, kita sebagai masyarakat prihatin haruslah senantiasa berwaspada dan berhati-hati apabila bersama anak-anak kecil, jangan biarkan mereka bersendirian walaupun sesaat kerana setiap saat yang terlepas adalah satu penyesalan seumur hidup. Pesanan saya kepada para ibu-bapa (yang membaca blog ni), utamakan keselamatan anak-anak walaupun di rumah kerana bahaya tyang mengundang tidak mengenal tempat dan keadaan. Bak kata iklan dalam tv, safety first.

Kepada masyarakat luar, kita haruskan tunjukkan sifat simpati kepada keluarga serta kerabat mangsa. Teruskan memberi semangat kepada mereka kerana ujian yang diterima adalah amat berat sekali yang mana kita terlepas dari ujian tersebut, jadi sekurang-kurangnya kita terus membantu mereka dan memberikan semangat supaya mereka tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Kepada umat Islam, kita telah diajar oleh Allah SWT dalam Al-Quranul Karim apabila ditimpa musibah, maka ucaplah "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun" maksudnya 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah jualah tempat kami kembali'. Wallahu a'lam.

Moga artikel ringkas ini memberikan manfaat kepada semua, saya sebagai insan yang lemah berharap perkongsian ini menarik kepada anda.

P/S --> TQ melawat blog saya, lain kali singgah la lagi..:)

No comments:

Post a Comment