.:Rakan Saya Yang Lain:.

Saturday 3 August 2013

My Shop: Cases for SAMSUNG GALAXY S4 - Mercury


Assalamualaikum semua..

Selamat datang sekali lagi.. Singgah sahur ke, singgah berbuka ke, terpulang pada anda. Terima kasih kerana sudi menjeguk di sini.

Hari ini, in my shop, saya bawakan produk cases untuk smartphone Samsung Galaxy S4- Mercury.




PRODUK INI KHAS BUAT PEMILIK SAMSUNG S4 SAHAJA! 

Gayakan S4 anda dgn cover case baru.


CIRI-CIRI:

::Melindungi smartphone anda dari mudah calar.
::Direka khas sama muat dgn S4 anda.
::Design menarik, fancy colors.
::Ada 2 slot untuk card holder.
::MADE IN KOREA




5 model color yang boleh anda miliki:

::BLACK ::GREEN ::ORANGE ::RED ::DARK BLUE



Antara screen short seperti di bawah :











RM40/unit

+RM5 postage [semenanjung]
+RM8 postage [sabah/sarawak]

Berminat! sms sahaja  013 212 9302 [ Asrul]


Lawatlah Kedai Online Saya


Assalamualaikum..

Selamat menyambut penghujung ramadhan dan Salam Syawwal -Minal Aidil wal Faizin buat pembaca sekalian. Di kesempatan penghujung Ramadhan ini, ramailah umat manusia di bumi Malaysia ini ribut sakan dalam membeli belah, berborong untuk keperluan perayaan yang akan menjelma tak lama lagi.  

Bermula dari anak-anak kecil hinggalah kepada yang tua-tua dan warga emas tidak berkecuali dalam aktiviti tersebut. Di kesempatan yang sedikit ini, saya ingin berkongsi kepada warga pembaca muslimah, anda bolehlah membeli keperluan untuk solat Aidilfitri, iaitu berupa kain sembahyang di laman ini, <<Kedai Jualan Murah>> 

Antara kelebihannya (TELEKUNG SEMBAHYANG) ialah:

~~TELEKUNG SOLAT WANITA yang BERSAIZ DEWASA~~

✔KAIN VIETNAM
✔KAIN LEMBUT DAN LICIN
✔KAIN SEJUK
✔SELESA PAKAI BUAT SOLAT
✔TAK PERLU PAKAI ANAK TUDUNG
✔PELBAGAI CORAK DAN SULAMAN
✔BOLEH BUAT HADIAH UNTUK MAK AYAH
✔MURAH, MURAH SAJE


Antara 'screenshot'  gambar telekung tersebut.

Kod 2: Corak Purple Putih

Kod 4: Corak Merah Oren

Kod 1: Corak Merah Hitam
Kod 3: Corak Hitam Putih
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman page ini, <Kedai Jualan Murah> untuk dapatkan harga promosi tersebut.

Monday 1 April 2013

Kenyataan NST Dianggap Tidak Adil


Assalamualaikum wbt..

Keratan akhbar NST 


Sedang saya godek kat facebook, tetiba terbaca pasal satu artikel yang telah di keluarkan oleh New Strait Times edisi Ahad 31/3/13 yang menyebut laporan mengenai keadaan sosial di Kelantan yang bertajuk "Kelantan After Dark". Fuh, sekali terbaca, rasa panas juga dalam hati ni, maklumlah saya kan anak kelahiran bumi Cik Siti Wan Kembang ni.. Bukan kerana semangat assobiyah, tapi kerana isu yang lebih besar lagi iaitu ketepatan maklumat yang disampaikan. Pengaruh NST terhadap pembaca ni ramai di kalangan rakyat Malaysia, jadi jika sesuatu maklumat yang di keluarkan tanpa unsur dan fakta yang tepat, akan memberikan pandangan serong bahkan ianya boleh dikatakan fitnah! Berat nanang ni..
Jom kita ikuti pencerahan yang telah diberikan oleh MB Kelantan sendiri.

"Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat? 

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram. Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram. 

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak. 

Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat? 

Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!"

Moga kita berfikir dan tidak mudah melatah terhadap sesuatu berita yang disampai, terutamanya media kerajaan. Wallahu a'lam..

Sumber : Di sini

Saturday 23 March 2013

Kisah Sepotong Kentang


Assalamualaikum wbt..


Moga pembaca blog saya ini sihat walafiat semuanya, dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang faqir ini, sekadar catatan dan perkongsian harian saya bersama pembaca sekalian.

Ok, hari ini saya nak berkongsi satu cerita dengan anda, Kisah sepotong kentang. Mungkin ada dikalangan pembaca tertanya-tanya ada apa dengan kentang itu? Kenapa di'mention'kan  kentang, yang hanya sejenis ubi yang tidaklah begitu berharga? kenapa dan kenapa terus menujah persoalan ini dalam fikiran kita semua kan. Sebenarnya saya ambil iktibar kisah sepotong kentang ini sebagai 'kiasan' kepada kita, kerana busuknya sepotong kentang menunjukkan busuk lagi hati manusia yang menyimpan perasaan mazmudah dalam diri mereka.

Al-kisah, seorang pelajar bernama Ahmad tidak hadir ke sekolah selama 3 hari atas sebab yang tidak diketahui. Cikgu kelasnya yang bernama Ustazah Norma sangat bimbang dengan ketidakhadiran anak muridnya selama tiga hari berturut-turut itu, dan mengandaikan mungkin masalah yang besar telah menimpa anak muridnya itu.

Pada hari ke-empat, Ahmad datang ke sekolah seperti biasa. Bagi seorang guru yang bertanggungjawab, ustazah Norma telah bertanya kepada Ahmad.

"Ahmad, mengapa tidak hari kamu tidak hadir ke kelas selama tiga hari yang lepas? Kamu ada masalah ke?", tanya ustazah Norma. Ahmad menudukkan mukanya ke lantai kerana tidak berani memandang wajah cikgunya, berdiam diri saja dan tidak menjawab pertanyaan gurunya tersebut. "Kenapa kamu ni, jika ada masaalah boleh berkongsi dengan cikgu, sedikit sebanyak mungkin cikgu boleh bantu kamu", kata ustazah Norma sekali lagi bagi menambah keyakinan pelajarnya supaya tidak malu untuk berkongsi masalah dengannya. Sebenarnya sikap ustazah Norma adalah seorang yang sangat mengambil berat terhadap pelajarnya dan ramai dari pelajarnya yang menyukai sikapnya kerana dia seorang yang peramah dan baik hati terhadap pelajarnya.  

Dengan perasaan yang ragu-ragu, Ahmad menjawab, "Minta maaf cikgu, saya sebenarnya bukannya ada masalah, cuma saya malas nak ke sekolah". Terkejut ustazah Norma dengan jawapan anak muridnya itu, dan bertanya lagi, "Kenapa kamu malas? Abah kamu tidak marah ke apabila mengetahui kamu tidak datang ke sekolah?". Maka Ahmad menjawab, "Memang abah saya marah kepada saya, sebab itu saya benci kepada abah!". sahutnya sambil mukanya tertunduk melihat lantai. Ustazah Norma tidak dapat berbuat apa-apa melainkan beristighfar kepada Allah. Dia berfikir perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja, maka dia perlu lakukan sesuatu yang boleh menyedarkan anak muridnya itu.

Ustazah Norma akhirnya menemui jalan bagaimanakah caranya untuk mendidik anak muridnya itu supaya tidak memendam perasaan benci terhadap orang lain lebih-lebih lagi kepada ibu bapa sendiri. Di akhir sesi kelas, sebelum loceng berdering, dia telah mengarahkan kepada setiap anak muridnya supaya membaca kentang keesokan harinya, yang mana bilangan kentang itu bergantung kepada bilangan orang yang dibenci. Murid-murid semuanya kehairanan dengan arahan ustazah kesayangannya itu, tapi mereka tidak bertanya dengan lebih lanjut, hanya menerima arahan dengan hati yang redha sahaja.

Keesokan hari, semua muridnya membawa kentang sebagaimana yang ditugaskan, dan setiap seorang berbeza bilangan biji kentang yang dibawa berdasarkan berapa ramai kebencian kepada seseorang. Ahmad membawa kentang sebanyak 3 biji bersamaan kebenciannya kepada abahnya, adik lelaki dan seorang kawannya. Setelah meneliti dan berpuas hati dengan kepatuhan muridnya, lalu ustazah Norma berkata, "Okey, cikgu nak kamu semua namakan setiap kentang berdasarkan orang yang yang kamu benci. Setiap kentang yang kamu namakan itu, mestilah dibawa ke mana sehaja sepanjang tempoh seminggu, walaupun kamu sedang bermain, tidur, solat dan sebagainya." Tegas nada suaranya supaya anak muridnya sentiasa beringat akan arahannya.

Hari berganti hari, maka genaplah seminggu sebagaimana yang telah dijanjikan. Sebelumnya, kentang yang diamanahkan oleh cikgunya sentiasa dibawa walau ke mana sahaja mereka pergi. Semakin hari semakin membusuk kentang itu, akan tetapi amanah tetap dijaga walaupun mereka tahu keadaan kentang itu semakin rosak dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, bahkan meloyakan anak tekak jika mencium baunya.

Pada hari itu, setiap muridnya membawakan kentang yang membusuk dan rosak itu lalu diserahkan kepada ustazah Norma, menandakan selesainya tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Lantas ustazah Norma terus bertanyakan respon mereka, apakah perasaan mereka bila selalu membawa sesuatu yang semakin lama semakin membusuk, tidak memberi manfaat bahkan akan menyebabkan mudharat pada diri sendiri, malah tidak ada seorang pun yang suka akan bau kentang yang rosak itu. Pelbagai respon negatif yang diberikan oleh anak muridnya mengenai perkara ini. Ustazah Norma tersenyum lalu berkata, "Kita ibaratkan kentang yang rosak dan busuk ini seperti sifat benci. Semakin lama kita menyimpannya semakin ia rosak dan membusuk. Begitulah juga dengan sifat benci yang kita  simpan dalam hati ini, semakin lama kita memendam maka semakin ia membusuk dan menyebabkan kita akan terus membenci seseorang itu sedangkan ianya bukanlah dari ajaran agama kita iaitu agama Islam. Semailah sikap berkasih sayang sesama kita, pandanglah teguran orang lain dari sudut pandangan yang positif, kerana setiap teguran itu adalah menunjukkan manusia itu tidak sempurna". Wallahu a'lam..

Moga cerita ringkas yang diolah tanpa semakan dari Unit Bahasa dan Pustaka ini dapat memberikan sedikit kekuatan kepada kita supaya sentiasa husnu zhon dan tidak cepat melatah dan membenci seseorang dalam menerima setiap kritikan dan teguran. Jumpa lagi... Peace yo. :)






Thursday 7 February 2013

Pic : Pesan Ayah Kepada Anak


Assalamualaikum wbt..

Pesanan seorang ayah kepada anaknya, kerana cintakan anaknya, maka ia berpesan..


Ingat sokmo hok mak pesan,
Nak2 kali ambo nak turun jale,
Kito ore Islam, jangan lupakan tuhe,
jangan tinggal semaye..

Hok mak pesan hari-hari,
Pandai-pandai jaga diri sediri,
Bala cekoh jange cari,
Ore khenat kena lari,
Tempat susah jange duk gi.

(Halim Yazid, PESAN MAK)


Ok, thanks ye blogwalking di sini. :)

Cara Topup Melalui Maybank2U


Assalamualaikum wbt..

Saya kongsikan kepada anda yang baru daftar akaun Maybank2U ni, boleh la anda nak topup online sekarang, langkahnya seperti di bawah..



Selamat berjaya. Just tutorial untuk yang tak tahu, ada 2 kemudahan di sini, mudahnya cara nak topup dan mudah juga untuk nipiskan duit dalam bank.hehe . Ok thanks semua ye..

Wednesday 6 February 2013

9 Jenis Anak Syaitan


Asslamualaikum wbt...

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka.


Firman Allah SWT mafhumnya:

 "Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh SYAITAN; sesungguhnya SYAITAN itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 43:62).



Ilustrasi sahaja

Antara jenis anak-anak (pengikut) dari kalangan syaitan ialah :



1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.



2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).



5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.



6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan 



Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Moga-moga kita terhindar dari hasutan pengikut-pengikutnya, kerana telah jelas syaitan itulah musuh yang nyata bagi sekalian umat manusia. Wallahua'lam.

kredit to saper yang wat ni ye..:)

Tuesday 5 February 2013

Epilog Sendirian


Assalamualaikum wbt..


Aku bermonolog dengan diri sendiri....


Tepuk dada, tanya iman masing-masing..:)


P/S : Komik ini bukan saya yang lukis, cuma nak berkongsi dengan anda semua. Terima kasih kepada pencipta komik ringkas ini (maaf lupa nama dan sumbernya)..hehe

Beginner: 'Basic' Kord Gitar


Assalamualaikum wbt...





Entry ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang mahukan kord-kord asas untuk belajar bermain gitar. Ini kerana kebanyakan kebanyakan lagu yang dimainkan akan menggunakan kord-kord ini,walaupun tidak kesemuanya. Sebab itulah anda perlu mahir dulu kord-kord asas sebelum mempelajarinya dengan lebih mendalam seperti 'power kord', 'broken kord' dan sebagainya.


Tips nya hanya satu sahaja, cekalkan hati, kuatkan diri, tekadkan azam, tingkatkan kerajinan untuk berlatih. Ya, LATIHAN itu penting, kerana melalui latihan kecekapan dan kepantasan akan terhasil.  Jangan malas-malas jika anda ingin cepat mahir bermain gitar ini. Sebagai permulaan, mulakan dahulu dengan kord-kord asas seperti di bawah ini.



Kord Asas 1



Kord Asas 2




# Sedikit TIPS dari saya

Melalui pengalaman saya sendiri, dan setiap orang berbeza pengalaman masing-masing..:)..


Pertama: 
Mulakan dengan memetik tali E-A-D-G-B-E dari atas ke bawah (strum) sekali, sambil anda meletakkan jari untuk kord seperti di atas.

Kedua:
Ulangi petikan tadi sebanyak 3 kali untuk setiap kord. Tujuannya adalah supaya jari anda akan terbiasa dengan kedudukan kord tersebut. 

Ketiga:
Ulangi dan terus ulangi supaya anda terbiasa. Anda boleh jugak menambah petikan strum itu sebanyak mana yang anda rasakan perlu supaya jari sudah biasa dengan kedudukan kord tersebut. Contohnya, strum 20x untuk kord A, 20x untuk kord D dan seterusnya mengikut kerajinan anda.


Hasilnya, jari anda sudah terbiasa akan kedudukan kord-kord di atas. Seterusnya lakukan pula latihan memindahkan dari satu kord ke kord yang  lain.


# Tips Untuk Tukar Kord

1. Buat satu irama supaya anda mudah untuk menukar kord, contohnya yang biasa saya buat seperti irama lagu basic The Drugs Don't Work, klik untuk melihat videoanya di sini.

2. Irama/melodi tersebut ialah >>D-D-D-U-D-U-D-D-D-U-D<< . D mewakili Down (turun) dan U mewakili Up (menaik). Lihat sekali lagi videonya di atas supaya anda lebih jelas cara strumming untuk menghasilkan melodi lagu tersebut tersebut.

3. Setiap kali irama berakhir, tukarkan kepada kord yang lain dan ulangi strumming sehinggalah anda cekap dan mahir menukarkan kord asas di atas tanpa perlu melihat kepada tangan anda ketika memindahkan kord tersebut.


Akhirnya.. Anda sudah boleh menyanyi sambil bermain gitar.


Itulah sedikit sebanyak saya kongsikan dengan anda semua. Semoga berjaya dan moga anda success selalu, dan usaha tangga kejayaan. :)



P/S: Saya mengalukan kepada anda semua untuk komen dan perbaiki jika ada yang tersilap. Dan jangan lupa untuk follow ye. :)


Komik: First Time 'Create' Komik


Assalamualaikum wbt..

Cerita dalam komik ini tidak ada kena mengena dengan yang

 hidup atau yang mati. 


Inilah percubaan pertama saya, 

godek-godek maka terhasilah skrip dan cerita ini. 

Lama dah buat cerita ini,

 saja repost balik dari blog lama..


Buat komik ni saya guna software Comic Life, yang versi trial sahaja. hehe.. Aplikasinya yang mudah dan senang untuk diurus. Nah kepada sesiapa yang mahu mencuba, ada bakat yang terpendam, boleh la anda cuba cipta komik sendiri dengan menggunakan software ini.

Ini contoh 'screen shot' ketika saya sedang mengedit dan membuat cerita menggunakan software ini. :)

capture 1


capture 2


So, apa tunggu lagi, jomlah kita membuat komik sama-sama, dan berkongsi cerita sama-sama. Saya tunggu ye.. :)


P/S : Cerita yang terbaik adalah jalan cerita yang dapat memberikan pedoman dan pengajaran kepada kita semua walaupun jalan ceritanya ringkas. :) .Tqvm..



Monday 4 February 2013

Komik: Rajin vs Malas


Assalamualaikum wbt..


Asam garam dalam kehidupan, bak kata pepatah, 'Usaha tangga kejayaan".. 

Yang berusaha akan berjaya dan yang tidak berusaha akan kempunan la untuk melihat kejayaan dalam tangannya.

Animasi ringkas tapi padat..

Hanya sebagai pedoman dalam hidup saya.. :)


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
 (QS Al-Alaq, 96:1)


P/S : Membaca senjata meruntuhkan kejahilan, tapi bagi orang yang berilmu, semakin banyak ilmu di dada makin tawadu' di hatinya.. :)

Komik: Nilailah Dengan Mata Hati


Assalamualaikum wbt..

Boring2 saya 'create' satu kartun untuk anda, moga bermanfaat kepada semua.. :)



P/S : Have fun... :)

Saturday 2 February 2013

Fakta Mengenai Pissbuk



Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya nak berkongsi sedikit fakta mengenai laman sosial yang sememangnya mashyur seluruh alam nih, jom godek satu persatu..

Jom kita lihat..

1. 1/3 daripada penduduk dunia sekarang ini telah mempunyai akaun facebook. Dari jumlah tersebut, lebih dari separuhnya yang LOG-IN akaun tersebut setiap hari. 

2. Dianggar seramai 2 % dari seluruh pencarian di Search Engine Goolge menggunakan perkataan "Facebook" pada tahun 2010.

3. Pengasas laman sosial ini, Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook ini pada 4 Februari 2004 yang mana ketika itu dia masih lagi menuntut di Universiti Harvard, Landon.

4. Mark Zuckerberg memiliki 24 % daripada saham di Facebook, manakala Microsoft memiliki saham sebanyak 1.3 %.

5. Dianggarkan seramai 25 % daripada keseluruhan pengguna facebook yang tidak memaparkan status mereka di laman sosial tersebut.

6. Seramai 63 % wanita dan 42 % lelaki yang menggunakan facebook untuk mencari bekas kekasihnya.

7. Mengikut statistik sekarang, facebook telah diterjemahkan kepada 76 bahasa di sekuruh dunia.

8. Untuk rekod, pengguna facebook yang tertua adalah berumur 104 tahun, Lilian Lowe dari Wales.

9. Sebanyak 66 168 gambar di tag setiap minit dan 2 176 000 private mesej telah dikirim setiap 20 minit di facebook.

10. Dianggarkan seramai 35 juta pengguna mengubah status di facebook setiap hari.

11. Seramai 38 juta pennguna facebook mengunjungi halaman "Texas HoldEm Poker" pada setiap bulan.

P/S : Ni saya ambil dari belog saya yang satu lagi. :)

Saturday 26 January 2013

Bantuan Percuma Kepada Pelajar IPT


Assalamualaikum wbt..


Terima kasih kerana terus menyokong saya dalam penulisan blog ini. Sebagai tanda terima kasih kepada pembaca, saya ingin berkongsi beberapa senarai ataupun list biasiswa dengan anda semua. Untuk makluman, saya sendiri telah 'apply' biasiswa tersebut dan natijahnya Alhamdulillah dapat juga rezeki saya merasa, walaupun tidak boleh menanggung sepenuhnya pengajian saya di IPT, dapat la juga menanggung makan minum sebulan dua. hehe..

Senarai ini hanya khas kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT tempatan,  sama ada peringkat diploma ataupun ijazah, bukan kepada yang sedang bersekolah rendah dan menengah. Antara senarai yang pernah saya pohon adalah seperti berikut :



Pada pertengahan September tahun lepas (2012), saya telah mengambil peluang dengan menghantar satu borang permohonan bantuan pelajaran (biasiswa) untuk pelajar IPT kepada pihak MAIWP. Dan Alhamdulillah, pada awal  Januari tahun ini, permohonan yang dihantar telah diluluskan oleh pihak MAIWP dan wangnya dibank-in terus ke akaun BIMB saya. Jadi saya merasa tidaklah salah untuk saya berkongsi dengan anda semua, supaya kita sama-sama dapat merasa rezeki sikit sorang.hehe..

Untuk memohon, antara perkara yang penting semasa mengisi borang tersebut adalah memastikan segala maklumat yang diminta oleh pihak MAIWP dihantar dengan lengkap, kerana pernah terjadi kes seorang sahabat saya, permohonannya tidak diluluskan kerana maklumat yang dihantar tidak lengkap, dan dia terpaksa menghantar sekali lagi permohonan tersebut.

Tempoh yang diperlukan untuk memproses setiap permohonan anda adalah selama 2-4 bulan. Setiap permohonan yang berjaya akan mendapat sebanyak RM 1000 sahaja dan permohonan terbuka setahun sekali (jika anda sudah memohan, bermakna anda boleh memohon sekali lagi).

Maklumat lanjut, rujuk link di bawah :


Untuk pengetahuan pembaca, selain daripada bank rakyat (yang membuka permohonan untuk pelbagai jenis pinjaman) tidak ketinggalan juga bank Muamalat untuk memberikan perkhidmatan dalam urusan pemberian bantuan belajar kepada pelajar yang sedang menuntut di IPT seluruh negara. Saya percaya tidak ramai dari kalangan kita yang mengetahui maklumat ini, kerana jika kita tidak diberitahu oleh kawan-kawan yang lain, jahillah kita dalam hal ini.

Sebenarnya untuk permohonan ini, saya juga telah pohon pada awal Januari yang lepas, dan statusnya sekarang ini adalah menunggu, kerana yang pasti saya mahu berkongsi dengan pembaca sekalian ialah bank ini juga memberikan perkhidmatan bantuan pelajaran kepada IPT. Tidak salah untuk kita mencuba, rezeki seseorang itu tiada siapa yang tahu kan? Janji kita berusaha. :)

Saya diberitahu tempoh/jangkamasa untuk memproses borang permohonan tersebut ialah lebih kurang 1-2 bulan sahaja, tempoh yang pendek berbanding dengan MAIWP. Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM 2++, dan tidak perlu untuk menghadiri temuduga kerana bantuan itu hanya sekali untuk setiap orang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah :

Moga artikel yang pendek ini memberi sedikit manfaat dan faedah kepada pembaca sekalian,  dan saya doakan semoga berjaya dalam memohon. Usaha tangga kejayaan. :)

P/S : Jangan sombong ye untuk follow blog saya ni. :)

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Jenayah Kes Kehilangan Kanak-Kanak


Assalamualaikum wbt..

Terasa sayu bila kita membicarakan perkara ini. Mutakhir ini selalu kita dengar tentang kehilangan kanak-kanak, sama ada yang kehilangan atas sebab diculik ataupun diklasifikasikan oleh polis sebagai 'orang hilang'. Baru-baru ini, apabila kita digemparkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berketurunan Cina yang berusia 6 tahun, iaitu William Yau. Sekali lihat gambarnya sungguh comel tuannya, senyumannya manis dan kiut. Akan tetapi tidak siapa yang sangka kejadian yang mengejutkan pada ahli keluarganya, apabila kehilangannya terjawab apabila mayat seorang budak lelaki yang ditemui di jeti Sungai Sireh itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri adalah mayat William Yau. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dan kerabat mendiang.

Apa yang menariknya di sini yang saya mahu 'highlight'kan kepada pembaca sekalian, mengapa perkara ini semakin lama ianya makin menular, dan tidak ada tanda-tanda sedikit pun akan berkurangnya kes seperti ini? Kita lihat, spekulasi kehilangannya ada bermacam-macam versi, sehinggakan ada yang menjadikan misteri kehilangannya sebagai bahan gurauan sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online bertarikh 21 Jan 2013. Berita yang dimuatkan adalah bertajuk "Jangan Jadikan Kes Kehilangan William Bahan Gurauan". Boleh lihat beritanya di sini.

Nah, apa yang saya mahu lontarkan kepada pembaca sekalian, mentaliti masyarakat sekarang, walaupun kita tertimpa dengan satu masalah yang berat sempat lagi mereka bercanda gurau. Tidak adakah rasa simpati dalam diri mereka? Apakah kita meredhai tindakan mereka sekiranya kita berada ditempat ibu bapa yang kehilangan anak tambah lagi anak yang sulung? Itulah realitinya sekarang, di mana mentaliti dan akhlak masyarakat yang makin merudum ini wujud dalam situasi tersebut. 

Hari ini kita dilaporkan oleh Sinar Harian Edisi Kelantan, mengenai rentetan kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak, bermula tahun 2004 sehingga 2012, dilaporkan sebanyak 6 kes besar yang dilaporkan (tidak termasuk kes kehilangan William Yau) berkenaan kehilangan kanak-kanak, dan daripada 6 kes ini, hanya satu kes saja yang berjaya diselamatkan kanak-kanak tersebut iaitu selepas dibayar tebusan kepada penculik sebanyak RM 300,000. 

Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai kes ini, walaupun sudah lama berlaku dan ianya masih dan akan terus berlaku. Jadi, kita sebagai masyarakat prihatin haruslah senantiasa berwaspada dan berhati-hati apabila bersama anak-anak kecil, jangan biarkan mereka bersendirian walaupun sesaat kerana setiap saat yang terlepas adalah satu penyesalan seumur hidup. Pesanan saya kepada para ibu-bapa (yang membaca blog ni), utamakan keselamatan anak-anak walaupun di rumah kerana bahaya tyang mengundang tidak mengenal tempat dan keadaan. Bak kata iklan dalam tv, safety first.

Kepada masyarakat luar, kita haruskan tunjukkan sifat simpati kepada keluarga serta kerabat mangsa. Teruskan memberi semangat kepada mereka kerana ujian yang diterima adalah amat berat sekali yang mana kita terlepas dari ujian tersebut, jadi sekurang-kurangnya kita terus membantu mereka dan memberikan semangat supaya mereka tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Kepada umat Islam, kita telah diajar oleh Allah SWT dalam Al-Quranul Karim apabila ditimpa musibah, maka ucaplah "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun" maksudnya 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah jualah tempat kami kembali'. Wallahu a'lam.

Moga artikel ringkas ini memberikan manfaat kepada semua, saya sebagai insan yang lemah berharap perkongsian ini menarik kepada anda.

P/S --> TQ melawat blog saya, lain kali singgah la lagi..:)

Friday 25 January 2013

Mata Adalah Anugerah


Assalamualaikum wbt..

Sambil anda blogwalking ke sini, saya nak berkongsi dengan anda satu info yang sangat menarik iaitu tentang mata, dan sekarang ini anda gunakan untuk membaca artikel di blog saya ini. Perasan tak anda sedang menggunakan mata sepenuhnya untuk membaca tulisan ini? :)

Ya, disaat saya menaip untuk menyiapkan artikel ini juga saya menggunakan mata untuk melihat ke arah skrin laptop dan 'keyboard' supaya tidak berlaku ralat pada maklumat dan ejaan saya. Itulah fungsi kasar yang kita tahu tentang mata. Akan tetapi jika kita rajin membaca dan mengkaji, sudah tentunya kita akan teruja dengan kehebatan ciptaanNya ini, sungguh unik dan kompleks sekali.

Keunikan pada mata kita adalah suatu anugerah yang menunjukkan kebesaran Allah SWT, sebagai arkitek yang teragung dan terulung serta tiada bandingan. CiptaanNya yang amat sempurna dan tidak terkurang sedikitpun termasuklah bentuknya, fungsinya serta strukturnya yang sesuai diletakkan kepada kita.

Mata merupakan pancaindera kurniaan Allah SWT kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.



Keratan mata manusia, sememangnya kompleks!

Antara Kehebatan Mata Manusia
  1. Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  2. Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali sehari.
  3. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  4. Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  5. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  6. Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  7. Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  8. Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
Banyak lagi maklumat mengenai kehebatan serta kelebihan mata ciptaan Allah SWT ini, jika kita suka menyelongkar dan mencari maklumat-maklumat mengenai perkara ini. 
Jagalah Ia Sebaik Mungkin

Penjagaan yang rapi terhadap mata akan menyebabkan ianya selamat dan terjaga daripada rabun (rabun jauh ataupun rabut dekat), silau terhadap cahaya, penyakit katarak, mata cepat berair dan lain-lain lagi. 

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian mengenai mata, sebanyak 88% dari penggunaan gadget digital seperti komputer, telefon pintar (smartphone), permainan video dan televisyen akan mengalami satu gejala (penyakit) yang disebut "Computer Vision Syndrome (CVR)".  Antara simptom gejala ini ialah mata akan kelihatan semakin kabur dan mata kita akan cepat rasa penat apabila kita menggunakan gadget-gadget seperti yang telah disebutkan. Inilah salah satu sindrom yang perlu kita elakkan, dan kemungkinan ianya berlaku kepada kita kerana sekeliling kita sekarang ini dipenuhi dengan produk-produk yang disebutkan. Semakin kita mengelak, semakin ia datang mendekat kepada kita.

Salah satu penyakit yang kita akan hadapi jika tidak melakukan penjagaan yang rapi terhadap mata kita. Persoalannya sekarang, diceruk setiap rumah manakah yang tidak memiliki televisyen? Berapa ramaikan yang menggunakan smartphone (gadget) sebagai alat komunikasi seharian? Adakah kemajuan dalam bidang 'gaming' tidak mendapat sambutan dan penggunaan komputer semakin menurun? Jawapannya, kita semestinya akan terbelenggu dengan perkara tersebut dan tidak dapat tidak kita akan mengalaminya walaupun tidak selalu.



Untuk penjagaan mata yang terbaik, saya ada sedikit petua kepada anda:

1. Selain dari badan, mata anda juga perlukan senaman, untuk menyihatkan. Antara senaman yang anda boleh lakukan ialah: ger

---> Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum yang mungkin, kemudian berhenti sekejap, seterusnya gerakkan pula mata ke arah  kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah (julingkan mata), lakukan beransur-ansur dan lajukan perlahan-lahan.

--->  Apabila kepenatan kita mengadap komputer selama 2-3 jam, rehatlah sekejap minda, untuk menghilangkan kepenatan pada mata, lihatlah objek yang berwarna hijau kerana hijau itu merehatkan dan menenangkan mata anda. 

--->  Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.

TERAPI MATA SEMULAJADI

Kesimpulan

Moga artikel yang pendek ini dapat mencerahkan lagi pemikiran kita mengenai peri pentingnya penjagaan yang khusus kepada mata, kerana ianya adalah satu anugerah yang tidak ternilai, sekali ia rosak, maka tiadalah tukang baiki mana-mana pun yang dapat mengembalikannya kecuali atas kuasaNya.

P/S : Follow my blog, I'll follow you back! TYVM.. :)