.:Rakan Saya Yang Lain:.

Saturday 23 March 2013

Kisah Sepotong Kentang


Assalamualaikum wbt..


Moga pembaca blog saya ini sihat walafiat semuanya, dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang faqir ini, sekadar catatan dan perkongsian harian saya bersama pembaca sekalian.

Ok, hari ini saya nak berkongsi satu cerita dengan anda, Kisah sepotong kentang. Mungkin ada dikalangan pembaca tertanya-tanya ada apa dengan kentang itu? Kenapa di'mention'kan  kentang, yang hanya sejenis ubi yang tidaklah begitu berharga? kenapa dan kenapa terus menujah persoalan ini dalam fikiran kita semua kan. Sebenarnya saya ambil iktibar kisah sepotong kentang ini sebagai 'kiasan' kepada kita, kerana busuknya sepotong kentang menunjukkan busuk lagi hati manusia yang menyimpan perasaan mazmudah dalam diri mereka.

Al-kisah, seorang pelajar bernama Ahmad tidak hadir ke sekolah selama 3 hari atas sebab yang tidak diketahui. Cikgu kelasnya yang bernama Ustazah Norma sangat bimbang dengan ketidakhadiran anak muridnya selama tiga hari berturut-turut itu, dan mengandaikan mungkin masalah yang besar telah menimpa anak muridnya itu.

Pada hari ke-empat, Ahmad datang ke sekolah seperti biasa. Bagi seorang guru yang bertanggungjawab, ustazah Norma telah bertanya kepada Ahmad.

"Ahmad, mengapa tidak hari kamu tidak hadir ke kelas selama tiga hari yang lepas? Kamu ada masalah ke?", tanya ustazah Norma. Ahmad menudukkan mukanya ke lantai kerana tidak berani memandang wajah cikgunya, berdiam diri saja dan tidak menjawab pertanyaan gurunya tersebut. "Kenapa kamu ni, jika ada masaalah boleh berkongsi dengan cikgu, sedikit sebanyak mungkin cikgu boleh bantu kamu", kata ustazah Norma sekali lagi bagi menambah keyakinan pelajarnya supaya tidak malu untuk berkongsi masalah dengannya. Sebenarnya sikap ustazah Norma adalah seorang yang sangat mengambil berat terhadap pelajarnya dan ramai dari pelajarnya yang menyukai sikapnya kerana dia seorang yang peramah dan baik hati terhadap pelajarnya.  

Dengan perasaan yang ragu-ragu, Ahmad menjawab, "Minta maaf cikgu, saya sebenarnya bukannya ada masalah, cuma saya malas nak ke sekolah". Terkejut ustazah Norma dengan jawapan anak muridnya itu, dan bertanya lagi, "Kenapa kamu malas? Abah kamu tidak marah ke apabila mengetahui kamu tidak datang ke sekolah?". Maka Ahmad menjawab, "Memang abah saya marah kepada saya, sebab itu saya benci kepada abah!". sahutnya sambil mukanya tertunduk melihat lantai. Ustazah Norma tidak dapat berbuat apa-apa melainkan beristighfar kepada Allah. Dia berfikir perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja, maka dia perlu lakukan sesuatu yang boleh menyedarkan anak muridnya itu.

Ustazah Norma akhirnya menemui jalan bagaimanakah caranya untuk mendidik anak muridnya itu supaya tidak memendam perasaan benci terhadap orang lain lebih-lebih lagi kepada ibu bapa sendiri. Di akhir sesi kelas, sebelum loceng berdering, dia telah mengarahkan kepada setiap anak muridnya supaya membaca kentang keesokan harinya, yang mana bilangan kentang itu bergantung kepada bilangan orang yang dibenci. Murid-murid semuanya kehairanan dengan arahan ustazah kesayangannya itu, tapi mereka tidak bertanya dengan lebih lanjut, hanya menerima arahan dengan hati yang redha sahaja.

Keesokan hari, semua muridnya membawa kentang sebagaimana yang ditugaskan, dan setiap seorang berbeza bilangan biji kentang yang dibawa berdasarkan berapa ramai kebencian kepada seseorang. Ahmad membawa kentang sebanyak 3 biji bersamaan kebenciannya kepada abahnya, adik lelaki dan seorang kawannya. Setelah meneliti dan berpuas hati dengan kepatuhan muridnya, lalu ustazah Norma berkata, "Okey, cikgu nak kamu semua namakan setiap kentang berdasarkan orang yang yang kamu benci. Setiap kentang yang kamu namakan itu, mestilah dibawa ke mana sehaja sepanjang tempoh seminggu, walaupun kamu sedang bermain, tidur, solat dan sebagainya." Tegas nada suaranya supaya anak muridnya sentiasa beringat akan arahannya.

Hari berganti hari, maka genaplah seminggu sebagaimana yang telah dijanjikan. Sebelumnya, kentang yang diamanahkan oleh cikgunya sentiasa dibawa walau ke mana sahaja mereka pergi. Semakin hari semakin membusuk kentang itu, akan tetapi amanah tetap dijaga walaupun mereka tahu keadaan kentang itu semakin rosak dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, bahkan meloyakan anak tekak jika mencium baunya.

Pada hari itu, setiap muridnya membawakan kentang yang membusuk dan rosak itu lalu diserahkan kepada ustazah Norma, menandakan selesainya tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Lantas ustazah Norma terus bertanyakan respon mereka, apakah perasaan mereka bila selalu membawa sesuatu yang semakin lama semakin membusuk, tidak memberi manfaat bahkan akan menyebabkan mudharat pada diri sendiri, malah tidak ada seorang pun yang suka akan bau kentang yang rosak itu. Pelbagai respon negatif yang diberikan oleh anak muridnya mengenai perkara ini. Ustazah Norma tersenyum lalu berkata, "Kita ibaratkan kentang yang rosak dan busuk ini seperti sifat benci. Semakin lama kita menyimpannya semakin ia rosak dan membusuk. Begitulah juga dengan sifat benci yang kita  simpan dalam hati ini, semakin lama kita memendam maka semakin ia membusuk dan menyebabkan kita akan terus membenci seseorang itu sedangkan ianya bukanlah dari ajaran agama kita iaitu agama Islam. Semailah sikap berkasih sayang sesama kita, pandanglah teguran orang lain dari sudut pandangan yang positif, kerana setiap teguran itu adalah menunjukkan manusia itu tidak sempurna". Wallahu a'lam..

Moga cerita ringkas yang diolah tanpa semakan dari Unit Bahasa dan Pustaka ini dapat memberikan sedikit kekuatan kepada kita supaya sentiasa husnu zhon dan tidak cepat melatah dan membenci seseorang dalam menerima setiap kritikan dan teguran. Jumpa lagi... Peace yo. :)






No comments:

Post a Comment